Tuesday, December 6, 2011

OLD STOCK

Assalamualaikum

Well I want to share an article I wrote months ago but not posted yet. Perhaps it's Allah's will he deter myself from being in the err of niat. I wrote the article with cause that was not pure, based on my anger and unsophisticated heart of certain matter but now I think I could take the genuine lesson from it. Here it is,written in Malay since originallay for PPIK's blog

Marilah buka hati ye ye... tenangkan fikiran..ye ye dengan perkongsian di bawah.
 .

"kau laki ney tauk mslh prmpuan," kata seorang 'badge'mate*kan ada schoolmate, classmate, so badgemate juga mngkin akan didaftarkan..XP*
"aok bh sori la"...

Hari ini hari yang cerah, insyaAllah bukan sahaja nur matahari yang bersinar riang tetapi nur iman*tiada kaitan dengan sesiapa yang namanya Nur Iman dan yang seangkatan dengannya*juga bersinar gemilang dengan hidayah daripada Allah swt.  Oleh itu, lapangkan lah hati seluasnya seperti ahli gimnastik atau ahli kung fu yang membuka seluas-luasnya kangkang kaki mereka untuk menjadi sefleksibel mungkin. Ya fleksibel kan hati kita sebagaimana ahli pro-fizikal tersebut menjadi fleksibel dengan badan mereka.

Perkongsian kali ini penulis generalisasikan setelah bertembung dengan seorang abang dan membuat meja runding bersama beliau.."Oww ok2" begitulah penulis setelah di digasak habis dengan hujah-hujah beliau seperti dalam filem bergenre "ACTION MOVIE" iaitu seperti watak jahat yang ditembak dengan
M4 Carbine sehingga terkujur layu kudratnya di atas tanah.

Baiklah pernyataan di atas adalah satu persoalan yang bertandang di meja rundingan kami iaitu apa yang berbeza sangat antara lelaki dan perempuan ini?


Hmmm, kalau para pembaca pernah menelaah kitab atau buku karangan John Gray yang  bertajuk Men Are From Mars And Women Are From Venus, di situlah tercatatny segala macam perihal perbezaan lelaki dan wanita. Buku tersebut menjadi 'sharp shooter' tepat ke batang hidung setiap insan mengenai diri mereka khususnya dalam sesebuah rumahtangga yang bagi penulis, sifat tersebut hanya patut ada dalam sesebuah rumahtangga. Ya hanya RUMAHTANGGA. Sifat-sifat sensitif untuk memahami seorang lelaki, seorang wanita diperincikan dalam buku tersebut. Namun, isu yang ingin dipersoalkan sekarang ialah apabila sifat-sifat tersebut dizahirkan dalam medan sosial yang semakin meluas sekarang dengan sesiapa sahaja. Contohnya, mengenjet aka menggatal, kononnnya memahami pihak yang lain justeru bertindak berbicara dengan any possible ways yang boleh membesarkan lagi lingkungan perhubungan dengan insan berlainan jantina dan pelbagai lagi sifat seorang lelaki yang hanya patut dizahirkan kepada yang halal sahaja dan begitu juga wanita.

So kembali kepada perkara yang ingin diutarakan ialah mengapa jantina menjadi mangsa dalam berdalihkan kekuatan untuk bermujahadah. Pernah ada muslimah yang bertemu dengan penulis meminta pandangan dan sebagainya. Malang tidak berbau salah tutur bicara merangsangkan nafsu amarahnya dan efeknya, penulis juga disalahkan kerana tidak memahami dia sebagai seorang wanita

Apakan daya, itulah bahana meminta pandangan dengan ajnabi jika dada kosong dengan iman. Mentuntut ilmu dengan rasional lah ye. Mustahil hendak kononnya sangat memahami hati seorang wanita meskipun dalam berdakwah keranaaa syaitan kan adaa.

Yang itu satu hal, namun hal yang sebenarnya ingin disampaikan ialah lelaki dan perempuan dikurniakan kelebihan masing-masing. Kenapa mnjadikan jantina sebagai alasa?. Bukankah Allah itu al-adlu, yang maha Adil. Jangan sampaikan kita menyalahkan fitrah yang digunakan sebagai alasan dalam memperbaik diri kita. Nauzzubillah daripada kita mensyirikkan nikmat yang Allahh kurniakan. Mustahil Allah cacat dengan kesempuranaan dalam segala hal.Yang tinggal hanya lah MATA HATI kita dah buka atau belum untuk melihat hikmah daripada segala ujian yang Allah beri.

Wallahulam

No comments:

Post a Comment